Keputusan dibacakan Majistret Nurshahida Abdul Rahim terhadap tertuduh, Farihah Abd Aziz, 31, yang juga penganggur selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah.
Tertuduh didapati melakukan kesalahan itu antara jam 1 hingga 3 petang dalam bilik mandi di sebuah rumah di Kampung Manggol, Mukim Malau, Jitra, pada 6 Julai lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Naizatul Zima Tajudin, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) Ummi Kalthum Zakaria.--Hmetro

0 Response to "Ibu bayi dipotong lapan kena jel"
Post a Comment