Arnab yang dinamakan sebagai Darius itu mempunyai ketinggian 1.3 meter dan seberat 22.2 kilogram (kg).
Pemiliknya Annette Edwards, 62, berkata, Darius yang merupakan arnab biasa telah diberikan 12 batang lobak merah sehari atau 4,000 batang setahun.
"Saya juga agak sukar untuk mempercayai bahawa Darius kini seberat 22 kg dan setinggi seorang kanak-kanak berusia 6 tahun.
"Kerana dimanjakan dengan makanan, arnab itu juga kini menjadi tamak dan mahukan makanan yang lebih banyak," katanya.
Tambahnya, walaupun Darius sering mencuri makanan namun dia tidak akan memarahi arnab itu kerana terlalu sayangkannya.
Sumber

0 Response to "Comel Sangat!!! Arnab Terbesar Di Dunia ini Sebesar Kanak-Kanak 6 Tahun"
Post a Comment