GEMPAR!! Nad sedia berumah tangga

Entah di mana silapnya, pelakon Nad Zainal, 25, sering dihimpit pelbagai kontroversi sejak membabitkan diri dalam industri hiburan tanah air.

Satu demi satu kontroversi melanda, sekali gus menjejaskan nama baiknya sebagai selebriti popular.


Selepas kontroversi percintaan dengan rakan artis, Azwan Kombos dan Hefny Sahad, pelakon yang mula dikenali menerusi drama Memberku Hawa dan Kampung Girl ini berdepan dengan konflik bersama bekas pengurusnya.

Namun, Nad tidak cepat melatah. Sebaliknya dia tetap tenang menepis setiap persoalan sesuai dengan kematangannya sebagai anak seni.

Bagi pemilik nama sebenar Farah Nadia Zainal Abidin ini, dia menganggap itulah harga yang perlu dibayar sebagai anak seni.--Hmetro

0 Response to "GEMPAR!! Nad sedia berumah tangga"

Post a Comment