Achey atau nama sebenarnya Mohd Nasir Hamzah, 29, berkata, beliau dalam masa yang sama ingin menjaga hati isterinya, Nor Hasanah Yahaya, 25, yang turut sering diajukan soalan begitu.
"Siapa yang tidak inginkan anak? Namun begitu, saya enggan terlalu memikirkan perkara itu dan menyerahkan semuanya kepada Allah. Kami sentiasa berdoa agar dapat menimang cahaya mata namun tidak perlu tergesa-gesa.
"Lagipun, kami baru saja berkahwin selama empat tahun. Mungkin sudah tertulis untuk kami meluangkan lebih banyak masa bersama.
"Dalam masa yang sama, saya ingin menjaga hati isteri agar tidak tersinggung dengan asakan soalan berhubung hal anak," katanya kepada BH Online.
Katanya, doktor turut menyarankan isterinya untuk tidak melakukan senaman dan kerja berat.
"Buat masa ini, sebarang perancangan untuk mengambil anak angkat dalam masa terdekat belum lagi dibincangkan. Kehidupan saya dan isteri sering kali diserikan dengan kehadiran anak-anak saudara yang masih kecil," katanya.
Sementara itu, Achey turut mengulas kritikan mendakwa suaranya menjadi bingit apabila teruja berlawak di atas pentas.
"Saya tidak dapat berbuat apa-apa jika ada yang menganggap suara saya seperti bingit kerana saya hanya menjadi diri sendiri.
"Saya juga tidak ambil hati kerana tahu bukan semua orang suka pada kita. Jadi saya menerima kritikan itu dengan hati terbuka," katanya.
Sumber



0 Response to "BAPAK KETATNYA! Saksikan 4 Foto isteri Achey Bocey tayang bentuk tu-buh b@dan yang amat menggiurkan!!!"
Post a Comment