Mangsa, Mohd Suhairi Abdullah, 40, berkata, kejadian berlaku kira-kira 5 petang ketika dia bersama isteri dan dua anak mereka berehat di ruang tamu.
"Bagaimanapun, saya terkejut apabila melihat pusaran angin menuju ke rumah lalu bergegas masuk ke dalam untuk memanggil isteri serta dua anak agar duduk berkumpul di tempat selamat.
"Beberapa saat kemudian sebahagian bumbung rumah saya mula diterbangkan angin dan ketika itu hujan lebat. Akibat terlalu takut, saya dan isteri serta dua anak hanya mampu berpelukan sambil melaungkan azan.
"Kami bernasib baik kerana hanya sebahagian bumbung diterbangkan angin, tetapi semua barangan di dalam rumah basah akibat air hujan," katanya.
Difahamkan, akibat kejadian itu, 12 keluarga yang tinggal di tingkat empat terpaksa dipindahkan sementara ke surau flet berkenaan akibat sebahagian besar bumbung diterbangkan ribut.
Sementara itu, jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Petani, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pokok tumbang di beberapa kawasan akibat ribut itu.--Hmetro

0 Response to "‘Hanya mampu berpelukan sambil melaungkan azan’"
Post a Comment