MESTI BACA !! 7 SEBAB HILANGNYA PUNCA REZEKI..



1. Janganlah bertengkar sesama suami isteri, lebih lagi kes pasal duit. Berbincang dan cari persefahaman. Bila pasangan tiada sikap redha dengan masing-masing, di situ juga rezeki akan ditarik balik…

2. Merungut dan berasa terbeban pada anak-anak. Berikan kasih-sayang kepada anak-anak kerna setiap anak adalah sumber rezeki Allah swt. Malah ibu dan bapa juga perlu berusaha untuk mencari rezeki untuk anak-anak tanpa ungkit.

3. Buangkan sikap terlalu mengeluh sesama suami isteri dengan apa yang tidak dimiliki. Banyak bersyukur dengan apa yang dimiliki tidak kira banyak atau sikit.

4. Jangan terlalu berkira-kira untuk permudahkan hal yang baik sekeluarga. Perlulah ada tolak ansur dan dan faham sesama pasangan.

5. Jangan meninggikan suara dan gunakan kata-kata yang baik sahaja bersama suami, isteri dan juga anak-anak. Buangkan cara menakut-nakutkan ahli keluarga dan tanamkan layanan yang penuh mesra.

6. Sabar dalam menangani karenah suami, isteri dan anak-anak. Adakalanya sesuatu itu kita tidak suka. Tetapi, tetap perlu bersabar dan fahami keadaan pasangan dan anak. Nasihat dan cari penyelesaian secara baik.

7. Apabila kita putus mendoakan yang baik-baik untuk suami, isteri dan anak-anak. Sentiasa ingatkan mereka dalam doa dan juga sepanjang hari.

0 Response to "MESTI BACA !! 7 SEBAB HILANGNYA PUNCA REZEKI.."

Post a Comment