GEMPAR!!! Wanita Ini Kongsi Penderitaannya Bersuamikan ‘Ustaz Kasanova’ 13 Isteri

Dalam dunia ni, tiada siapa yang meminta untuk bercerai-berai dengan suami yang disayangi. Lebih-lebih lagi jika telahpun dikurniakan anak sebagai pengikat kasih sayang.


Bagaimanapun, Nur Atika Mohd Haris akur bahawa jodohnya dengan seorang lelaki yang dikatakan ‘ustaz kasanova’ itu berakhir di tengah jalan.

Ikuti kisah wanita tabah ini dan diharap wanita lain berwaspada supaya tidak terperangkap dalam situasi yang sama.

Rasanya Razis dah jumpa wanita solehahnya



Sedikit ulasan sy sebagai pemberi maklumat kpd pihak metro. Tentang wanita yg ditahan oleh JAIS (berpurdah hitam + bertudung putih)

Maaf utk sy sebut, wanita itu sgt diragui utk di sebut sebagai istri razis. Dahulu pun sblm sy tahu yg dia bersubahat dgn razis, dia sangat pandai berlakon pd sy. Sy dtg bersama kakak & abg angkat sy utk menziarahinya. Dia menangis hingga kami amat bersimpati kepadanya seolah-olah dia juga mangsa razis.

Tapi, hingga kini dia masih bersama razis…(kasihan pd 2 org anaknya yg bersama razis sbb tak boleh berbinkan/berbintikan nama razis sbb pernikahan mereka tidak sah.) Walaupun tahu tidak sah, dia terus bersama razis.

Rasanya razis dah jumpa isteri solehahnya(wanita tersebut) tp mengapa masih lagi mencari mngsa2 baru? Utk wanita tersebut , “sudah2 lah kak bersubahat dgn razis. Kasihan anak2 akk yg dilahirkan tnpa blh berbin/bintikan ayah mereka sendiri. Sy sgt pelik, walau mcm ni razis buat pd ank akk..kenapa akk masih terus bersama razis? Akk tahu razis terus mencari mngsa, mengapa akk biarkan? Kenapa akk bersekongkol dgn dia kak? Bukan dia je lelaki di dunia ni. Ramai je lelaki yg blh jaga akk lebih baik dr razis.

Sekurang2nya…fikir nasib ank2 akk tu. Kenapa sy sgt peduli pd anak2 akk tu? Sbb ank2 razis yg dgn akk tu adalh adik bradik AdaSha. Mereka 1 ayah kak….berhentilah menonton wayang razis menindas mngsa2nya. Akk seorang wanita, akk seorang ibu, sewajarnya akk faham apa yg sy cuba sampaikan. Fikirlah nasib anak2 akk. Mereka akan dewasa. Bygkan perasaan mereka melihat nama pd surat beranak mereka bukan nama ayah mereka.”

Sebenarnya, sy sgt berharap wajah razis ditunjukkan di akhbar. Bukan kita nak buka aib dia. Tp, sebagai berjaga2 utk org di luar sana. Yg ada fb, tahu viral ni…mungkin akan berjaga2. Yg tiada fb? Mereka membaca akhbar shja. Kemungkinan, mereka blh mnjadi mangsa seterusnya (moga Allah jauhkan kita semua dr perkara itu).

Mudah-mudahan usaha yg sedikit ni dpt menyelamatkn saudara seislam kita dr menjadi mngsa. Biarlah AdaSha menjadi zuriatnya yg terakhir yg tak pernah mengenali ayahnya. Jgn ada anak2 yg menerima nasib yg sama selepas ini. Bg adik beradik AdaSha yg lain, kita satu family…1 family yg besar. Rasa sakit kita kongsi bersama, rasa manis kita tebarkan sesama kita. Ada hikmah kita disatukan dlm cara ini.


Sy tak mampu menghalang si dia dr terus melakukan kezaliman. Tapi inilah usaha sy. Moga sy tak ditanya di akhirat nanti. Kepada pihak berwajib, sy rela dipanggil utk mnjadi saksi/memberi keterangan.  Tolonglah….tolonglah saudara seislam kita. Jgn biarkan ia terus bermaharajalela/mempermainkan agama Islam. Anda ada kuasa dan kuasa itu amanah. Teruskan berdoa…..

Sumber

0 Response to "GEMPAR!!! Wanita Ini Kongsi Penderitaannya Bersuamikan ‘Ustaz Kasanova’ 13 Isteri"

Post a Comment