Umamuddin membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan keterangan diberikan pasangan berkenaan kepada mahkamah berhubung perceraian mereka.
Terdahulu, dalam keterangannya, Sarimah berkata, Amir melafazkan cerai kepadanya di kondominiumnya di Mont Kiara pada jam 9 malam, 15 Mei 2009.
“Ia disaksikan tiga adik-beradik saya. Kami banyak berselisih faham dan tidak tinggal sebumbung sejak Januari 2009.
“Malah, kami juga menghadiri sesi kaunseling lebih enam kali, tetapi nampaknya sudah tiada jodoh,” katanya.
Sarimah diwakili peguam Marlina Amir Hamzah manakala Amir tidak diwakili peguam.
Sementara itu, ketika ditemui media selepas prosiding kes terbabit, Sarimah melahirkan kesyukuran kerana semuanya berakhir.
“Alhamdulillah, semua sudah selesai. Hidup perlu diteruskan,” katanya yang bakal melangsungkan pernikahan dengan Tunku Nadzimuddin Tunku Mudzaffar pada 2 April ini selepas mengikat tali pertunangan, September lalu.--Hmetro

0 Response to "LAGI!!! Pelakon Gugur talak 3 "
Post a Comment